Perbezaan Kursus Website Jualan & Website Joomla!
Last Updated on Tuesday, 12 April 2011 00:56 Written by Administrator Thursday, 24 March 2011 02:36
| ................ |
|
Salam Sejahtera semua.Saya ada mendapat beberapa soalan dari fan page di facebook tentang
perbezaan antara Kursus website jualan dengan kursus website joomla.
Disini saya berikan perbezaan yang paling ketara di antara keduanya.
Supaya anda lebih faham dan dapat memilih kursus yang mana menjadi keutamaan anda nanti.
- Kursus Website Jualan : Kursus 100% praktikal belajar bina laman web (landing page / minisite) khas untuk menjual produk di Internet dan cara-cara untuk memasarkan website tersebut supaya mendapat jualan dari internet.
- Kursus Website Joomla: Kursus 100% praktikal membina laman web yang lebih profesional dan dinamik .biasanya untuk syarikat, jabatan, koperasi, sekolah , atau peribadi.Ia lebih kepada memberi informasi dan bukan untuk menjual.
- Kursus Web Joomla: Contoh laman web koperasi yang saya bina - http://lcctlimosin.com/
- Kursus Website: Perisian asas yang diperlukan adalah NVU/kompozer & filezilla (percuma).
- Kursus Web Joomla: Perisian asas yang diperlukan adalah XAMPP & Joomla! 1.5 (percuma)
- Kursus Website: Laman web bersifat statik dan tidak perlu canggih.keutamaan kepada dapat menghasilkan jualan.perlu mendesign dari garisan pertama.dan perlu mahir grafik seperti photoshop untuk kelihatan menarik.
- Kursus Web Joomla: Laman web bersifat dinamik dan boleh diubahsuai bagi lebih menarik dan profesional tanpa perlu tahu ilmu grafik .tidak perlu membina template semuanya sudah tersedia untuk dimuatkan menjadi modul dan plugin.
- Kursus Website: Laman ini di kemaskini apabila di rasakan perlu seperti ingin membuat promosi atau apabila dirasakan kurang mendapat sale.
- Kursus Web Joomla: Laman web ini mudah di kemaskini dan lebih cepat berbanding web jualan.serta tanpa mengubah struktur asal website.
Kesimpulannya, sekiranya anda memang ingin menjual produk di Internet maka saya syorkan anda hadir Kursus Website.
Atau sekiranya ingin membina laman web khas untuk syarikat, jabatan, koperasi, sekolah dan lain-lain maka Kursus Web Joomla adalah paling sesuai. Kerana laman tersebut tentunya perlu dibina dengan rekabentuk profesional dan korporat.
Jadi tentukan objektif anda dan buat pilihan yang tepat.





