Tempah Website Atau Buat Sendiri?
Last Updated on Friday, 29 April 2011 13:54 Written by Administrator Tuesday, 12 April 2011 01:11
Salam semua artikel kali ini berkaitan dengan pemilihan adakah mahu menempah saja website atau perlu belajar membinanya..?
website merupakan pekara wajib bagi sesiapa yang mahu menjalankan perniagaan secara online.Tanpa website agak mustahil kita mampu menjana pendapatan secara online,tak kiralah samada website kita tu percuma berbayar ataupun dalam bentuk blog.

Pada pendapat saya ..
1.Belajar membina sendiri website perlu dan penting walaupun sedikit saja yang tahu.
2.Menempah website juga perlu bila sampai waktu kita perlu fokus kepada tugasan yang lebih penting.
Kenapa perlu belajar membina website ? Pastinya ramai yang FOBIA atau rasa TAKUT nak ambil tahu tentang “ilmu membina website”,tambahan pula ramai yang rasa mereka lemah IT dan tak ada masa yang banyak untuk mengkaji bidang ini.
Anda tak perlu rasa begitu kerana "ilmu membuat website" yang saya maksudkan bukanlah semestinya anda perlu menguasai ataupun mempunyai kemahiran tahap tertinggi mengenainya, tetapi jikalau anda ada...lagi bagus.. jika tidak, ilmu asas tentang “buat website” sudah mencukupi.
Memang kaedah mengupah webmaster untuk membuat website adalah suatu langkah yang bijak untuk menjimatkan masa, nampak mudah & berkesan, namun ia merupakan jalan penyelesaian jangka pendek.Perlukah anda megupah webmaster hanya untuk perkara berikut:
menambah gambar
membetulkan ejaan yang tersilap
menukar harga produk
menukar saiz, warna dan bentuk tulisan
menambah link dan sebagainya..
Sanggupkah anda di charge dengan harga beratus ringgit sedangkan perkara yang tertera di atas mampu dilakukan tak sampai 5minit...
Walaubagaimanapun menempah website juga penting, kerana fokus utama untuk menjana pendapatan adalah pemasaran,website hanya menyumbangkan 20% saja kepada menjana wang,baki 80% adalah bergantung kepada pemasaran.
Jadi apabila sampai waktu,tugasan membina website perlu di serahkan kepada webmaster saja bagi memastikan waktu kita di habiskan kepada perkara marketing,bukan menghabiskan masa membina website,design atau mengemaskini webiste.Jika website kita hanya satu sahaja tentu mudah untuk kita jaga sendiri,tetapi apabila perniagaan berkembang pastinya usahawan internet akan memiliki banyak domain dan website berlainan,jadi tugasan mengemaskini dan membina website akan menjadi beban kepada usahawan internet.
Atau jika anda bukan usahawan internet ,tetapi memiliki perniagaan offline.Anda pasti sangat sibuk dengan tugasan harian,jadi untuk belajar dan mendalami ilmu website memakan masa ,langkah terbaik adalah mengupah webmaster untuk membina website ,mudah dan cepat disamping itu pastinya ia akan tampak profesional,maklumlah website tenpah kan,takkan tempah yang buruk.
Ok semoga anda nampak keppentingan belajar membina website atau menempah website.
Jika mahu belajar membina website anda boleh belajar dengan saya,di jamin murah dan berkesan.
atau mahu menempah website juga murah dan dijamin cantek n Pro !!
ok jumpa lagi.
sebarang maklum balas, mohon tinggalkan komen anda di borang yangdisediakan dibawah.
Sponser Ads






