Sunday May 19

Pengetahuan/ Istilah Asas

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail
Salam semua,saya mendapati masih ramai khususnya rakyat malaysia mula berjinak-jinak dengan dunia internet marketing   dan tak kurang juga semakin ramai mahu melakukan perniagaan internet.Tetapi pengetahuan tentang dunia internet marketing masih ramai yang kurang,so saya sediakan  informasi dan beberapa istilah yang menjadi asas dan perlu di ketahui sebelum anda bergerak  kehadapan.

Antara istilahnya ada di bawah dan saya akan tambah masa demi masa.atau anda boleh pergi ke google taip jer... apa itu...

Apa itu??

1.Domain - Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari ini adalah http://www.usahawanmelayu.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.Jika anda nak dapatkan domain saya cadangkan guna yang berbayar walau ada yang free sebab yang free banyak kelemahan.

2.Web Hosting - Webhosting ( Tapak Rumah ) - Kalau buat rumah takde tapak tak boleh la.So, tapak rumah tu sama la dengan webhosting. Takde webhosting maka tak boleh la  nak buat website atau blog. Webhosting juga adalah tempat kit letak file  web atau blog untuk pengunjung mengakses website atau blog kita tu. Orang nak tengok web/blog kita di browser yang boleh di akses 24jam untuk semua orang.

3.Website - Blog / Website ( Rumah ) - Konsep yang mudah seperti membina rumah.Contoh rumah kita lah,ia di bina dari  simen, bata, kayu, paku, cat dan lain-lain. So, bila nak buat blog atau website pun macam tu la jugak. Mesti ada perisian pembangunan web seperti NVU,komposer,frontpage,joomla! dan perisian lain. Bentuk pula mesti la dalam bentuk html, php atau yang sama waktu dengannya.

4.Browser - Browser adalah software aplikasi yang berfungsi untuk menampilkan, mengambil dan menginformasikan sumber-sumber yang berasal dari World Wide Web (www).ia juga di kenali sebagai pelayar yang membolehkan kita melayari apa-apa yang web yang terdapat di internet.Contoh web browser adalah fifefox,google chroome,internet explore,opera,safari dan byk lagi.

5- Affiliate - Affiliate atau di kenali dengan Program Affiliate adalah merupakan satu program dimana kita mempromosikan produk orang lain dan kita akan mendapat komisyen sekiranya produk itu dibeli. Kira macam orang tengah.Biasanya jika kita nak join program affiliate nie tiada charge di kenakan,ia percuma dan anda akan di bekalkan dengan web dan baner promosi.Tugasan anda pula hanya promosikan web dan link affiliate anda saja.Contoh program affiliate yang boleh anda sertai ialah affiliate kursus website.KomisyennyaRM50 setiap peserta yang sertai.berminat nak daftar sila klik sini (nanti klik menu daftar ejen affiliate kat atas kanan)

6.Pay pall - PayPal adalah salah satu bank maya atau  alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit terutama untuk aktiviti urusniaga keluar negara. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.anda boleh daftar percuma hanya klik sini

7.Autoresponder - Autoresponder bermaksud reaksi atau balasan secara automatik melaui email yang merupakan salah satu tool dalam E-mail Marketing (pemasaran E-mail) .Autoresponder mambantu kita menghantar risalah dalam bentuk email kepada pelanggan kita secara berkala mengikut setting kita tau secara pukal.Dengan adanya autoresponder bebanan kerja kita akan berkurangan. Autoresponder sebagai setiausaha maya kita.Pemasaran mengguakan autoresponder terbukti berkesan dan ia senjata paling ampuh.Jika minat boleh belajar dengan saya daftar sini

sekian

sebarang maklum balas, mohon tinggalkan komen anda di borang yangdisediakan dibawah.


Sponser Ads

Share this post

Add comment


Security code
Refresh