Wednesday May 22

Teknik Jana 5 Angka Sebulan Dari Rumah

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Bagaimana menjana 5 angka sebulan dari rumah??

Biasanya saya bercerita pasal website & marketing ,kali ni nak share teknik jana income.

Artikel lepas saya kongsi berkenaan bagaimana menukar traffic kepada pembeli,kali ni kira sambungan dia.

Ok apa yang bakal saya ceritakan ini  bukan cerita orang lain tetapi pengalaman saya sendiri
menjana 5 angka hanya dari rumah.

bagaimana nak dapat 10ribu sebulan menggunakan medium internet??
banyak cara dan kaedah untuk berjaya menghasilkan 10ribu sebulan.
saya tak akan ajar cara buat bisnes apa dan join program apa.Saya hanya
tunjukan jalan atau  teori untuk menhasilkan 10k sebulan.....teruskkan bacaan anda.


Asas kepada formula menghasilkan 10k sebulan ataupun lebih adalah..

ALIRAN PENDAPATAN BERGANDA atau bak kata mat salleh, "Multiple Streams of Income".


"Aliran pendapatan berganda adalah apabila anda mempunyai pelbagai punca pendapatan."


Bayangkan sebuah singki yang mempunyai satu pili. Sekiranya anda membuka pili tersebut pada arus yang deras,
oleh kerana lubang aliran keluar di dasar singki tersebut, air akan tetap keluar dan tidak dapat memenuhi singki itu.


Tetapi, bayangkan anda mempunyai singki yang mempunyai 4 pili.

Sekiranya keempat-empat pili tersebut dibuka dengan deras, walaupun
terdapat lubang aliran keluar di singki itu, tidak lama nanti,

seluruh singki itu masih akan dipenuhui air sehingga melimpah - limpah.


Bayangkan setiap pili tersebut adalah punca pendapatan anda.

Air yang mengalir adalah wang dan lubang di dasar singki itu adalah perbelanjaan anda.


Bagaimanakah caranya untuk menambahkan wang anda?

Adakah dengan hanya bergantung kepada satu pili sahaja?

Ataupun menggunakan 4 pili supaya mendapat pendapatan yang berlimpah-limpah?


Aliran pendapatan yang berganda diamalkan oleh ramai golongan yang kaya.

Mereka tidak hanya bergantung kepada satu punca pendapatan. Bagi usahawan yang berjaya,
mereka bukan sahaja bergantung kepada satu perniagaan sahaja, malah,

mereka memulakan beberapa jenis perniagaan untuk menghasilkan untung yang berganda.


Pepatah mat salleh berbunyi "Don't put all eggs in one basket".

Jangan letakkan kesemua telur dalam bakul yang sama. Oleh kerana,
sekiranya bakul yang dikandung terjatuh, kesemua telur akan pecah.

Mengandung satu bakul sahaja adalah umpama bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja.


ok berbalik kepada cara saya menghasilkan 10k sebulan..teorinya saya dah bagi tahu cuma caranya saja..

Apa yang saya lakukan adalah :

1.Target
2.Fokus
3.Momentum kerja

Target
Anda perlu plan berapa income yang ada mahu? tuliskan ia.
katakan anda nak 10k sebulan.Ok senaraikan sumber pendapatan utama anda
dan pastikan target mesti realistik bukan fantasi.

contoh macam saya bagaiman saya sasarkan 10k sebulan.saya senaraikan perniagaan saya:

1.Produk S - 5000 sebulan
2.Produk K - 3000 Sebulan
3.Kursus W - 3500 sebulan
4.Tempahan W - 1000 sebulan
5.Lain2 -  1000sebulan

total terget = RM13500 Sebulan.
bayangkan jika anda ada lebih dari 5 sumber?? wah pastinya lagi hebat incomenya betul tak??

Fokus
ok anda kena detailkan pula setiap target tadi, contoh :

produk s - untuk hasilkan RM 5000 sebulan saya harus jual
minima 100kotak produk "s" sebulan ,jadi saya perlu ada data pembeli dan ejen (jika ada)
dengan adanya data base pelanggan, maka target saya akan lebih realistik.
jika database saya tidak mampu mencapai target ini maka saya perlu lipatgandakan
marketing atau promosi anda untuk menghasilkan kan jualan minima 100kotak sebulan.

Ok seterusnya detailkan, lagi kepada per minggu pula..
bermaksud target mingguan saya 25kotak.
jika di bahagi per hari pula adalah lebih kurang 4kotak sehari.. betul?
so fokus jualan harian anda adalah 4kotak sehari.
jika tak capai hari ni..esok kene lipatganda usaha supaya
melebihi target harian sebab nak cover kekurangan semalam.
begitulah cara kerja saya buat.

Momentum kerja
momentum kerja ini sangat penting,ia berkaitan dengan fokus,tak boleh terganggu
nanti momentum akan menurun,akibatnya produktiviti kerja menurun.
keghairahan mengejar target akan meningkatkan momentum kerja.
dan otak kita kan sentiasa berpusing memikirkan jalan,cara dan tindakan untuk
memastikan target tercapai.Momentum kerja juga dapat berterusan jika perancangan
kerja di lakukan dengan baik dan membuahkan hasil.ini akan memberi motivasi
kepada kita untuk terus mengejar target.

ok it teory ..praktikalnya adalah lebih penting!!

semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

sekian buat kali ini.

bertemu lagi

sekian

 

Sponser Ads

Share this post

Add comment


Security code
Refresh