Thursday May 23

4 Kuadran Robert Kiyosaki

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Salam Sejahtera semua..

Artikel kali ini berkenaan dengan ilmu kekayaan dan kejayaan.

Pernah dengar tak siapa itu Robert Kiyosaki? jika belum tahu, beliau

adalah seorang multibilionaire yang sangat terkenal di dunia perniagaan.Beliau

adalah seorang Pakar kewangan ,Pelabur yang berjaya , trainer dan penulis buku

yang terlaris di New York Times iaitu "Rich Dad Poor Dad"

Dalam buku ini Robert Kiyosaki membahagi orang di dalam dunia perniagaan kepada  4 kuadran, yaitu:


1. E (Employee) mendapat penghasilan bulanan tetap dari makan gaji.

2. B (Business Owner) iaitu pemilik pernigaan yang memiliki pekerja yang ramai.

3. S (Self Employed) berkerja sendiri atau memiliki pernigaan kecil yang di usahakan sendiri.

4. I (Investor) menjana wang hasil pelaburan(investment) wang  tanpa perlu bekerja/berniaga


Pindah kuadran adalah istilah untuk seseorang yang berpindah dari satu kuadran ke kuadran lainnya. Biasanya istilah ini digunakan untuk menunjukkan perpindahan dari kuadran kiri (Employee, Self Employed) ke kuadran kanan (Business Owner, Investor).

Pindah kuadran biasanya memerlukan pengorbanan dan tenaga & masa  yang cukup besar. Karena biasanya seseorang telah cukup lama berada di kuadran tertentu, seseorang akan masuk ke dalam comfort zone (selesa) sehingga cenderung menolak perubahan.

Saya sendiri pernah berpindah kuadran. Perpindahan pertama adalah dari kuadran E (Employee) ke kuadran S (self employed) dan kini sedang berusaha kuat untuk menuju ke B dan I.

Antaran lain kebaikan berpindah kuadran adalah apa bila kita telah berada di sebelah kanan, kita semakin hampir kepada FREEDOM,iaitu kebebasan masa dan wang.Jika kita di kuadran B orang yang bekerja untuk kita dan memberikan wang setiap bulan tanpa kita bersusah-susah untuk bekerja.Tugasan kita hanya membayar pekerja kita saja.

Begitu juga dengan I duit yang bekerja untuk kita contohnya anda mempunya wang yang banyak dan membuat pelaburan bijak denga membeli Aset seperti di ASB atau membeli emas atau hartanah.Setiap bulan Aset ini akan memberikan pendapatan kepada kita.Ini yang di maksudkan pendapatan PASIF.



Di waktu kita memiliki Aset yang banyak maka kita akan menerima gaji bulanan secara tetap masuk ke bank kita  walaupun kita tak bekerja atau sedang bercuti.Dan yang paling baiknya berpindah kuadran ini adalah semua hasil usaha kita boleh di wariskan ke anak dan cucu kita.Bayangkan jika kita hanya makan gaji,sampai waktu kita pencen ,kita tak dapat mewariskan hasil usaha berpuluh tahun kita kepada anak dan cucu kita melainkan kita telah mengumpul aset menggunkan wang simpanan hasil dari makan gaji.

Malangnya tidak ramai orang yang makan gaji menyimpan duit,kerana sentiasa dalam keadaan yang serta tak cukup setiap bulan.Ramai yang setelah bersara masih lagi bekerja atau terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk menampung keperluan sisa hidup mereka.

Jadi mulakan dari sekarang perpindahan anda.Hijrah kepada kebaikan.Pastikan kita pencen kaya dan bebas dari belenggu wang.

Saksikan Video ini jika mahukan lebih kefahaman tentang 4 kuadran ini:

Dim lights Embed Embed this video on your site


Terima kasih.


Share this post

Add comment


Security code
Refresh