Teknik Marketing Berkesan
Last Updated on Friday, 29 April 2011 13:52 Written by Administrator Thursday, 24 March 2011 04:21
Petua untuk membuat marketing adalah terangkan sebaik mungkin mengenai kebaikan atau kegunaan produk itu. Jika orang atau anda membeli sesuatu produk anda sebanarnya bukan membeli produk tersebut, tetapi anda membeli kelebihan atau kebaikan produk tersebut.
Ramai orang melakukan kesilapan didalam membuat perniagaan MLM atau networking ini. Mari kita ambil contoh mengenai GDI ini. Saya sering mendapat panggilan talipon mengatakan yang mereka sudah dua tiga bulan menjalankan perniagaan GDI tapi masih belum dapat downline lagi.
Saya minta dia menerangkan kepada saya bagaimana dia mempromosikan GDI ini kepada kawannya. Dia pun menerangkan tentang GDI, background GDI dan jika menyertai GDI saya akan mendapat keuntungan besar jika menggerakkan atau mempromosikan kepada orang lain, bla bla bla. Saya tanya dia, awak dah dapat keuntungan besar belum? Dia kata belum lagi, jadi saya rasa ini angan2 mat jenin sahaja lah. Nanti bila dah dapat datang jumpa saya. Akhir sekali dia give-up dan bertanya, macamana En Kadri buat?
Saya berikan contoh disini,
| Anda mengajak orang menyertai GDI dengan motto, jika menyertai GDI anda akan mendapat keuntungan besar. Habis semua orang kita ajak, hinggakan yang tak tahu apa itu website, yang tak pernah pegang "mouse", nak "shutdown" komputer pun tak tahu, pun kita ajak. Apa akan jadi? Ada dua, pertama mereka lari jauh2 sampai ke ufuk timur dan taubat nasuha tak mau jumpa anda lagi, dan satu lagi, nasib2 kalau mereka segan dengan kita akhirnya mereka masuk juga kerana percaya nanti mereka akan menjadi kaya dengan masuk GDI.Selepas 3 bulan tak kaya2 pun, mereka menalifon anda dan tanya macamana cara nak cancelkan GDI ni. |
![]() |
He he kita pun pening, tak lama anda pun send email kat saya tanya macamana nak cancel akaun GDI, anda kata downline tanya, tapi sebenarnya anda sendiri nak tahu, sebab anda dah 4 bulan tak dapat downline jugak.
Minggu lepas saya mendapat panggilan talipon dari seorang kawan lama yang menyertai GDI 5 tahun lepas dengan seorang upline dari UK. Dia kata dah lama cancelkan, sekarang nak minta bantuan saya untuk buatkan website bagi perniagaan butiknya yang semakin berkembang. Saya kata boleh, dan saya cadangkan untuk buat website butiknya gunakan web hosting GDI. Dia terkejut, dia tanya bukan ke GDI ni program orang cari orang, bukan ke dia program MLM??
Saya jawab "Tidak", "GDI adalah webhosting company untuk memasukkan website butik anda ke dalam internet, dengan GDI anda tidak perlu bayar sewa penyiaran diinternet secara tahunan, tetapi boleh buat secara bulanan, yang orang cari orang itu sampingan sahaja, nak buat boleh tak nak buat tak apa, yang penting website butik anda ada dalam internet"
Dia pun jawab "Kalau macam tu Registerkan saya dengan GDI untuk dapatkan webhosting"
Siap! Close satu deal. Tak sampai 5 minit sembang dalam phone.
Jangan sesekali mengajak orang pada apa jua perniagaan kita dengan menawarkan keuntungan besar jika mereka menyertainya. Kita sendiri tahu itu satu angan-angan yang sukar untuk dicapai, dan merupakan satu penipuan kepada mereka juga. Orang dah fobia dengan janji manis seperti ini. Kita sendiri tahu yang kita pun belum pasti mampu mencapainya.
Untuk menawarkan program GDI, jangan sesekali menyebut perkataan GDI diperingkat awal. Tawarkan kepada mereka kebaikan dan kelebihan membina website. Dan cuba bantu jika mereka mempunyai masalah setelah melihat kelebihan tersebut.
Contohnya, terangkan kepada mereka, untuk sesiapa yang mempunyai perniagaan seperti vemma, uptrend, jusmate5, HPA, menjual tudung bawal, mengambil upah jahit baju, produk kesihatan, insurance, jual kereta, sewa kereta, menjual keropok kering, keropok lekur, penjual kain batik, dll Perniagaan mereka akan lebih maju jika mereka memiliki website sendiri. Perniagaan mereka akan bergerak secara online didalam internet untuk menambahkan jualan jika mereka mempunyai website sendiri. Mereka akan dapat menyampaikan maklumat atau produk terbaru terus kepada pelanggan dengan memiliki website sendiri. Mereka akan jimat kos pengiklanan dengan banyaknya jika mereka mempunyai website sendiri. Saya rasa mereka tidak akan menafikan penerangan anda tersebut, saya yakin mereka akan menjawab YA dan YA dan YA.
__________________________________________________________________
Daripada situ cubalah menjawab untuk menyelesaikan masalah mereka. Contohnya soalan yang mungkin mereka tanya adalah:
1. Soalan: Saya tak ada bisnes lagi.
Jawapan: Jangan jual barang sendiri, kita jual barang orang lain, bukan kena bayar buat kedai dalam website sendiri. Kalau tak laku bukan nak simpan stok.
2. Soalan: Saya tak pandai buat website sendiri.
Jawapan: Belajar sendiri kat rumah, cuma buka je http://freetutorial.ws/AutoMLManda.html, kalau nak lagi cepat pergi kursus belajar buat website.
3. Soalan: Saya dah ada web-replicate yang kompani bagi.
Jawapan: Bagus tu, cuma kalau ada web sendiri kita lebih bebas untuk buat itu dan ini.
4.Soalan: Awak boleh bantu ke untuk membina website saya sendiri.
Jawapan: Boleh, Saya memang ada mengambil upah membina website, tapi dengan bayaran diskaun untuk kawan2. Dan dalam masa yang sama saya ada membuat kursus one2one pada hujung minggu dengan bayaran $$$. Tapi saya cadangkan lebih baik anda belajar dahulu kerana didalam website saya itu saya telah berikan secara percuma, kalau dah tak boleh sangat barulah tanya saya.
5. Soalan: Saya dah pandai buat website, apa guna nak buat website lagi?
Jawapan: Saya akan bantu anda dari segi marketing, website yang bagus tetapi tiada traffic tak guna juga. Saya akan tunjukkan kepada anda secara percuma cara untuk mendapatkan traffic, lihat di http://freetutorial.ws/AutoMLManda.html, saya bagi percuma.
6. Soalan: Saya dah pandai buat website, saya dah pandai dapatkan traffic, nak buat apa lagi?
Jawapan: Saya sangat berbesar hati jika tuan dapat mengajar saya untuk mendapatkan traffic yang tinggi untuk menambahkan ilmu saya sendiri, jika tuan sudi. Saya sangat ingin mendalami ilmu tersebut.
etc
etc
etc
Terangkan kelebihan memiliki website, terangkan kelebihan memiliki autoresponder, dan bantu mereka, InsyaAllah anda akan mendapat downline yang ramai. Rangkumkan kesemua penerangan ini didalam website anda, maka jadilah perniagaan anda secara online, anda tak perlu keluar rumah lagi mencari downline...selamat tinggal offline......
Persoalannya:
Anda sendiri dah tahu ke buat website? Anda dah tahu ke nak buat Autoresponder sendiri?
Kalau tak tahu, itulah punca terbesar anda tak dapat downline, kerana anda sendiri tak tahu kelebihan, kepentingan dan keupayaan produk anda."Website" dan "Autoresponder"
Semasa anda membaca email kempen saya ini, mungkin saya panggil nama anda,
, pada hal saya tengah tidor dan suroh Autoresponder saya buat kerja, itu maknanya autopilot........perniagaan anda bergerak dengan sendirinya.
Jadi belajar lah buat website sendiri dan cipta email kempen anda didalam autoresponder...duit anda datang mencurah2 kepada anda, dan anda terpaksa mengambilnya.
Jangan buang duit menyertai perniagaan itu dan ini lagi, selagi anda tidak melepasi peringkat awal ini, anda hanya membazir duit sahaja, cukuplah perniagaan yang anda sekarang, jika anda sudah menyertai vemma ke, uptrend, jusmate5 ke, ceramik ke, forex ke, HPA ke, cantik2u ke, aljabar ke dan macam2 lagi, gunakan produk2 tersebut menjadi batu loncatan anda, buat website sendiri dan buat promosi. Anda akan berjaya dengan cara ini.
mudahan mendapat manfaat
sekian
sebarang maklum balas, mohon tinggalkan komen anda di borang yangdisediakan dibawah.
Sponser Ads











