Ini bukan lari pecut, ini marathon!!!
Last Updated on Friday, 29 April 2011 13:52 Written by Administrator Friday, 25 March 2011 01:54
![]() |
Ramai orang terjun ke bidang perniagaan internet dan berharap untuk mengaut keuntungan dengan cepat. Kerana itulah ramai yang GAGAL. Hanya yang betul-betul komited dan konsisten sahaja mampu bertahan. Kenapa??? Kerana kita bukannya nak lari pecut, tapi ini adalah marathon. Anda boleh menghabiskan wang anda dalam masa 3 hingga 4 minggu, kemudian membuat kesimpulan bahawa ia tidak berhasil. Pemasaran internet bukanlah mudah., tapi ia tidaklah sesusah mana. Anda tidak akan dapat belajar hanya dalam beberapa minggu, tetapi semua orang boleh lakukan JIKA mempunyai keinginan dan kesungguhan. |
Ramai antara kita menghabiskan ribuan ringgit ke kolej atau universiti untuk belajar kemahiran yang mana belum tentu akan digajikan apatah lagi menjadi kaya. Pemasaran internet akan membuat anda betul-betul kaya! Jadi tidakkah anda fikir adalah perlu untuk anda mengambil sedikit masa untuk belajar??
JIka anda mempunyai keinginan dan betul-betul ingin belajar, saya ada sesuatu untuk dikongsi:
- Cari latihan/ sistem pemasaran yang baik dan seorang mentor yang betul-betul berjaya.Ramai dikalangan IM Malaysia telah berjaya, malah sudah ada yang bergelar jutawan hasil dari perniagaan internet. Jadi, kita pilih je seorang. Selidik dan kaji mereka, dekati mereka.
- Pilih 1 atau 2 perkara untuk anda belajar terlebih dahulu sebelum ke perkara seterusnya. Kuasai satu per satu kemahiran terlebih dahulu. Contohnya pengiklanan percuma, media social, forum dan seterusnya ke pengiklanan berbayar seperti Google PPC dan sebagainya.
- Letakkan bajet bulanan anda. Anda tidak perlu banyak wang untuk dilaburkan, cukup sekadar untuk system pemasaran, autoresponder dan e-book. Tetapi jika anda tiada bajet untuk semua perkara di atas, pilih untuk sistem pemasaran yang percuma. Jika anda mempunyai bajet, kawal bajet anda supaya tidak dihabiskan dalam beberapa minggu/bulan.
- Tetapkan masa setiap hari untuk belajar dan pemasaran. Kunci utama adalah untuk konsisten dalam apa jua yang anda buat. Anda perlu sekurang-kurangnya 1 jam untuk belajar dan 2 jam untuk pemasaran.
- Sentiasa fokus dan jangan putus asa. Ya, ada bermacam-macam pilihan system dan perniagaan online yang boleh dibuat, jadi anda perlu konsisten dalam perniagaan anda. Terlalu ramai IM, terlalu banyak e-book dan pelbagai produk disediakan. Jadi, jangan fikir dengan membeli produk baru anda akan menjadi lebih baik. Anda perlu perbaiki diri anda sebagai IM dengan hanya membeli sesuatu produk yang betul-betul sesuai dengan plan pemasaran anda. Sebagai contoh, jika anda membuat keputusan untuk membuat pemasaran video/ youtube, jadi jangan beli book tentang cara pemasaran Google Adwords. Belilah yang berkaitan pemasaran video.
Jadi, jika anda mengikut panduan ini, anda akan menjadi lebih baik daripada newbie lain.
Artikel dari blog sahabat saya: http://diaien.com/
sekian
sebarang maklum balas, mohon tinggalkan komen anda di borang yangdisediakan dibawah.
Sponser Ads











